Assalamualaikum.
Hi. It's been a long time since I started blogging. Bila dah lama tak menaip, aura nak menaip panjang-panjang bukan macam dulu lagi dah. Dulu rajin, ada benda nak share terus taip, share. Tapi bila dah lama menyepi dari dunia blogging ni, nak menaip pun macam baru nak mula balik.
So.... hari ni, aku nak share sikit raya aku tahun ni macam mana. Best ke? Biasa-biasa ke? Jom.
Seminggu sebelum raya, hampir setiap hari aku ajak adik beradik kemas rumah, halaman rumah. Bila dah masuk universiti ni, jarang-jarang boleh balik rumah. Balik pun kalau ada midsem break atau sem break. Nak duduk rumah lama-lama susah dah bila masuk U ni. Serius. So, bila dah balik ni, guna la masa yang aku ada ni bantu mana patut. Tapi nasihat aku, kemas la awal-awal cuti balik tu. Jangan last minit macam aku ni. Sebab? Bila kena pulun kemas rumah dalam masa seminggu sebelum raya ni, dalam bulan puasa, kau akan rasa penat macam nak demam, kaki lenguh nak berjalan. Haha. Tu je.
Raya day-1 :
Bangun pagi macam biasa, solat subuh. Sudah solat, terus gi gosok baju semua orang. Okay tbh, masa raya aku rajin la gosok baju orang. Orang tak minta tolong, aku yang minta baju nak gosokkan. Semangat nak raya hahaha. Dah siap gosok baju, turn aku pulak gi siap-siap. Ummi masuk dapur hidang kuey teow goreng, aku pulak bakar sate buat tea panas dengan air anggur sejuk untuk adik-adik yang banyak songeh nak minum air sejuk pagi-pagi. Dah siap hidang ajak makan terus siap-siap gi solat raya. Habis solat raya, semua orang berkumpul dekat ruang tamu untuk sesi bergambar dan sesi minta maaf. Banyak ragam jugak la sorang sorang nak ambil gambar pun makan masa lama hahaha. Bila dah selesai semua sesi tu, terus gi rumah aunty nor, tak sempat makan ke apa, sempat jumpa minta maaf salam pastu terus gi naik kereta nak balik pasir putih. Okay, routine hari raya pertama memang macam ni. Macam tak biasa ehh. Tapi sebelum balik pasir putih, kali ni kami semua singgah dulu rumah ciknah dekat pcb memandangkan tokku duduk rumah ciknah since first day puasa. Berbual, makan, salam and terus gi pasir putih. Masa otw dah pikir banyak kali takut cikzah nak datang kb since tokku kat sini. Tapi teruskan je lah niat tu ye dok? Sampai sana, diorang tengah siap nakgi kota bharu jumpa tokku. Tengok jalan cerita raya kali ni memang berbelit sikit. Maka, lepas makan-makan terus balik rumah prepare makanan sikit-sikit. Agak kalut sikit, sebab selalunya first day raya memang takde kat rumah, tapi kali ni sebaliknya. Tapi takpe, tetamu bawa rahmat.
Malam tu pulak, aku ajak adik aku pulun buat cornflakes madu. Terpaksa pulun malam tu buat sebanyak mungkin untuk sedara mara yang hampir setiap tahun cari cornflakes madu. Selesai corflakes madu, teman kakak pulak buat rendang. Sampai pukul 2 baru boleh tidur.
Raya day-2 :
Aku ada kata yang raya tahun ni agak berbeza dari tahun lepas kan? Hah ni cerita dia. Hari kedua selalunya, memang tak bergerak gi raya mana-mana pun. Just.... duduk rumah, siapkan makanan dan hidangkan makanan untuk tetamu yang bakal datang beraya, sebab hari kedua memang hari orang datang beraya kat rumah. Tapi kali ni? agak berbeza. Just woah, lain macam raya aku kali ni hahaha. Kenapa? Ok sabar sabar. Lepas dah siapkan rendang, nasi minyak, kuzi ayam, air and so on, terus pakai baju raya gi beraya rumah tok ayah, mak sedare pak sedare yang seangkatan dengannya dan berlanjutan sampai petang. Balik tak sempat rehat orang datang beraya kat rumah. Memang rumah petang tu macam kena serbu sampai malam. Dari adik beradik ummi sampai lah ke mak ayah sedara belah ummi datang. Apa pun, puas hati hari ni. Kenangan beraya rumah orang tu satu hal, orang datang beraya pun satu hal. Suasana orang datang beraya ni lain macam aku boleh kata. Alhamdulillah.
Raya day-3 :
Hari ni, bangun pagi kemas rumah mana patut. Pastu gi bakar sate. Untuk tetamu. Rayakan sebulan, so memang kena ada stok makanan tiap masa sebab tak boleh expect tetamu datang bila, masa mana kan. Tak datang takpe. Tapi kalau tetamu datang tapi makanan takde tak best lah kan. Orang datang beraya takde makanan. Pagi tu jugak, ayah zi dengan abang long ( sepupu belah baba ) whatsapp ajak gi beraya rumah dia lepas zohor. Disebabkan ada dua tempat kena pergi dalam satu masa, kitorang decide berpecah separuh gi pasir putih yakni rumah abang long dan separuh lagi pergi rumah ayah zi and end up yang lelaki gi pasir putih yang perempuan gi rumah ayah zi. Setel satu hal. Petang tu, kak hanan buat chicken pie untuk kami semua makan and petang tu jugak ibu ajak gi beraya rumah dia. Gi jumpa makan salam lepastu balik. Sebelum balik tu, sempat ajak sepupu, anak-anak ibu datang malam ni kebetulan ada chicken pie dengan cocktail buat petang tadi. Malam tu, lepas isya', dalam pukul 9, diorang datang. Meriah walaupun 5 orang je datang. Sepupu kalau dah berkumpul, rumah yang sepi pun boleh jadi meriah. Dah lama tak dapat berkumpul macam ni. Asyik sibuk je kan. And oh yaaa, malam ni abang sulung dah kena balik selangor. Sambung kerja. Berkurang balik dari 10 kepada 9.
Raya day- 4 :
Hari ni, tak banyak cerita. Tapi hari ni, pagi-pagi lagi gi pasir putih. Untuk apa? jengjengjeng. Gi pinang orang untuk sepupu belah ummi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Nak kahwin dah bulan 8 ni hehe.
Raya day-5 :
Hari ni, masih hari raya. Tapi hari ni, aku ada appoiment bedah gigi dengan doktor. Pagi-pagi lagi aku bangun dengan kepala yang penuh tanda tanya. "Sakit ke agak-agak eh? Procedure dia lama ke tak? Doktor garang ke tak eh?" Over kan? Aku lah manusia paling risau kalau jumpa doktor ni, risau dapat doktor garang. Habis lah aku. Kk gurau. Lepas dah siap, terus gerak gi hospital dengan baba dan umi. Sampai-sampai hospital, gi daftar, kena bayar RM53. Sebelum nak gi ruang menunggu, nurse tanya dah makan belum dengan selamba aku jawab tak. Aku kalau dah pikir banyak memang tak la nak sentuh makanan. Haha. Terus nurse tu suruh gi makan dulu siap pesan makan roti minum air kotak risau pengsan jap lagi. Umi dah cakap dah suruh alas perut aku tak nak, kan dah jadi dua kerja. Apa lagi, turun tangga gi beli, makan terus naik balik. Dalam kad pukul 9.30 tapi nombor aku kena panggil pukul 10.20. Masuk bilik doktor sorang-sorang, umi tunggu kat luar.
Maka bermula lah procedure bedah gigi. Aku pikir bius sekali je pastu tak rasa sakit dah, tapi..... bius pertama pun sampai terangkat kaki sebab sakit weh dan nasib malang aku kali ni, aku kena bius 4 kali. Pikir bius kedua nanti dah tak rasa, rupanya masyaAllah, hanya Allah yang tahu sakit dia tu. Nank nangis weh. Umur 21 tapi nak nangis panggil ummi hahaha. Siap bedah, aku agak bibir aku memang akan tebal dan apa yang aku agak tu betul. Balik dengan bibir bengkak, darah keluar tak berhenti. Balik tak pikir apa terus tidur. Tapi susah nak tidur sebab dah mula sakit and kena tukar kapas gigi banyak kali sebab darah tak berhenti. Macam mulut itik dah aku tengok bibir masa tu. Adik beradik aku apa lagi gelak je kerja dorang haha. Layankan ajee. Seminggu makan nasi air. Mampu bertabah je hari ni dengan sakit tapi lapar ayam kfc. kau rasa?
Setakat tu saja kut cerita raya aku. Tak menarik, tapi aku suka menaip. Hahahaha. Bye!
No comments:
Post a Comment