Masa

Assalamualaikum.

Dulu masa sekolah menengah, cikgu banyak duk ulang peribahasa masa itu emas. Lagi-lagi nak dekat spm. Lagi lah banyak kali ulang. Sebab tak nak kitorang ni banyak lagha & banyakkan belajar.

Cerita aku kali ni, pun berkait dengan peribahasa masa itu emas.

Sem 8, sem akhir. Ada satu subjek ni, selalu buat aku rasa tertanya-tanya, tertunggu-tunggu dan tak sabar untuk kelas seterusnya. Kalau boleh tak nak tertinggal pun kelas ni. Tambah pulak yang ajar subjek ni pensyarah yang selalu kongsi cerita, kongsi tips, ajar kitorang satu-satu, walaupun kena ulang banyak kali, yang layan kitorang macam anak sendiri. Yang selalu buat aku kagum, Dr Suzana. My fav lecturer!

Subjek apa ni? Pemikiran kritikal.

Mula-mula tahu ada subjek ni sem akhir, perasaan dia, takut. Senior pun ada yang kata subjek ni susah. Tak ramai boleh skor. Dan realitinya, memang susah. Dah risau dah, sebab last sem ni kalau boleh tak nak lah ada yang tak boleh skor kan. Tapi alhamdulillah, dengan izin Allah. Semua dapat skor subjek ni.

Sebab? Yang mengajar, mengajar seikhlas hati. Pelajar faham, pelajar belajar. 

Satu hari tu, sebelum habis kelas, Dr bagitahu kitorang. Dia nak kitorang sediakan satu kertas. Tulis setiap benda kita buat sehari-hari. "Nak senang, tulis apa yang kamu buat seharian semalam." Kitorang pun senaraikan apa yang kitorang buat sehari-hari. Masa tu, semua macam teragak-agak nak tulis. Sebab rasanya benda sama je yang berulang. Tapi tulis jugak.

Pastu Dr bagitahu, bila kita senaraikan baru kita akan tahu, oh kat sini rupanya aku habiskan waktu. Oh kat sini rupanya kita banyak rugi banyak benda. Oh banyak ni je rupanya benda bermanfaat aku buat. 

Siap tu, aku tengok balik. Speechless. Banyak masa rupanya aku membazir. Ingatkan penat seharian buat banyak benda. Tapi sebenarnya banyak masa aku terbuang.

Kena dengan peribahasa masa itu emas. Kalau kita tak manfaatkan masa, seakan-akan kita kerugian banyak emas. Berharganya masa kita ni sampai disamakan dengan nilai emas.

Ya, emas boleh dicari. Tapi masa yang terbuang, mana mungkin kita dapat cari lagi.

Dr ajar macam tu je, tapi kitorang dapat banyak manfaat dan pengajaran. Sebab tu, aku suka belajar dengan Dr. Benda nampak biasa, tapi bila Dr ajar. Semua jadi macam luar biasa.

Banyak kali belajar dengan Dr. Memang tiap sem semua aktiviti pembelajaran menyeronokkan. Sebab ada je idea dr. Macam macam benda dia buat untuk buat kami berminat dengan subjek dia ajar.

Semoga Allah memberkati semua pensyarah aku.

No comments:

Post a Comment