TWO of my best friends is officially married!!

Assalamualaikum! Finally, ada masa free untuk masuk menaip macam biasa hehe. Daan cerita kali ni, agak panjang.. Selamat membaca!

Selama ni, tengok orang lain duk cerita sedih tengok sahabat baik dia kahwin. Tapi kali ni, diri sendiri yang tengok sahabat baik sendiri kahwin. Perasaan masa tu? Mixed feelings. Bahagia, sebak. Semua ada. Berjurai jugak la air mata mata tu.

-- Sebelum hari bahagia diorang --

Sebenarnya, banyak benda kitorang dah plan samasama sebelum maisa nak kahwin. Punya lah rancang itu ini sebelum tu, jumpa pun banyak kali. Boleh tengok muka sorang sorang tersengih sengih tak sabar tunggu hari tu nanti.

Sepakat samasama AKAN ada masa majlis berinai, AKAN ada masa majlis akad nikah. Baju bridesmaid pun dah beli siap dua bulan awal sebab takut lambat sampai. 😂 Tapi siapa sangka, rupanya last kitorang jumpa pun, sebelum start lockdown balik, masa gi tidur sama-sama kat homestay raidah. Tu baru planning sebelum maisa kahwin, tak masuk yang abby punya lagi. 

Tapi tu lah, rancak mana pun kan kita plan itu ini, perancangan Allah pasti lagi baik untuk kita.


28/05/21 -- Hari sebelum diorang kahwin!

Petang tu, group whatsapp kitorang bergerak macam biasa. Duk tanya maisa preparation okay ke? Majlis pukul berapa? Duk ulang ayat sama "kan best boleh ado ramai-ramai masa ni.." Sebab takleh berkumpul kan pkp ni. Nak gi tolong sikit sikit pun takleh. Perasaan kitorang masa tu memang serba salah tapi apa pun tetap kena akur, redha. 

Malam tu, dapat unexpected news. Abby, yang sepatutnya kahwin bulan 6 lepas dah banyak kali tukar tarikh, tiba tiba jadi last minit kahwin bulan 5 sebelum lockdown. Bayangkan 28hb, malam sebelum maisa kahwin. Malam tu semua duk bising dalam group sebab macam tak percaya lagi maisa nak kahwin esoknya. Kejap tu abby update dalam group dia kahwin 30hb. Sebab petang tu baru announce lockdown 1hb kan, jadi kena perawalkan sebab masa lockdown takleh buat majlis kat rumah. Kalau tangguh tak tahu sampai bila lagi lockdown ni. 

Kitorang macam weh? ABBY SERIOUSLY?! Apa lagii, terus video call ramai-ramai. Masa tu muka dia memang nampak stress. Habis benda dia kalut. Dengan baju tak siap lagi, semua benda lah kiranya kena cari. Tapi abby ni aku boleh tabik sebab dia boleh tunjuk yang dia okay, dia rileks. Padahal esoknya sehari je dia boleh prepare semua benda. Sampai kitorang yang jadi jung kalut tanya banyak benda. Kalau aku sendiri ni dah gelabah dah malam tu hahaha.


29/05/21 -- Hari maisa kahwin!

Pagi hari maisa nak kahwin, aku dah start sebak dah. Sebab maisa ni dari form 1 sampai masuk unisza majoriti banyak buat hal dengan dia. Tipu lah kalau kata tak sedih. Sekelas dengan dia dari sekolah menengah lagi, ulang alik gi mana mana pun dengan dia, gaduh baik balik dengan dia (walaupun jarang), masuk dapur masak dengan dia, gi lib balik lewat dengan dia, gi ulang alik kafe jauh masa kat unisza dengan dia, ulang alik naik bas balik ganu kelate dengan dia. Layankan aku nakgi makan masa craving itu ini. Puasa, iftar, tarawih sama sama dengan dia. Tengok movie kat rumah sewa dengan dia, tidur pun sebilik dengan dia masa kat rumah sewa. Apa je tak dengan maisa ni?! Nak kata ada dengan dia through ups and down takleh jugak. Tapi alhamdulillah, boleh ada dengan dia dikebanyakan waktu. Dan aku sangat bersyukur untuk semua peluang tu 💗

Pagi tu, aku ws dalam group hantar voice note dengan suara sebak tanya betul ke maisa kahwin hari ni? Memang, memang aku tak normal hari tu. Selalu aku lah orang paling susah hantar voice note dekat orang. Lol. Tapi maisa tak reply pun. Orang lain yang replykan sambung sebak sedih sekali. 😂 Kitorang pun faham sebab majlis pagi kan, sibuk sikit masa tu.

Sebelum dia nak akad nikah, dia sempat la masuk group kejap peringatkan ready awal sebab majlis dah nak start. Live kat facebook. Apa lagi gelabah dah aku sebab lama dah tinggal facebook. Semua benda jadi tak tahu. Nasib baik yang lain terer. Bagi link terus hahaha. 

Alhamdulillah, dalam pukul 9 lebih, Nur Anis Maisarah sah menjadi isteri kepada Mohd Norhakim. Syukur Allah mudahkan semua urusan mereka hari tu. 

Maka, bermula lah hidup seketul maisa sebagai isteri. Semoga Allah mudahkan jugak urusan mereka untuk hari yang seterusnya. Amiin.

Dan hehehehhehe tadaaaaaa! Cantikkan?!!!!

Nur Anis Maisarah & Mohd Norhakim

30/05/21 -- Hari abby kahwin!

Pagi hari abby nak kahwin, sebak pulak dah rasa. Dah dua hari dah ni nangis. 😭 Tipu jugak lah kalau tak nangis?! Eh marah!  Dengan abby ni, sebab dua dua dulu masa sekolah menengah ada jawatan ketua dengan penolong (walaupun lain lain kelas), selalu gi meeting ketua penolong dengan dia, meeting prs dengan dia, meeting badkis dengan dia, meeting fasi pun dengan dia ni, balik lewat tumpang solat&lepak rumah dia, gi beli makanan dengan dia, study dengan dia, rehat pun dengan dia. Paling takleh lupa, masuk bilik pk Ko pun dengan dia ni hahahaha. Eh macam macam jugak lah dengan dia ni. Banyak gila kenangan dengan abby ni. Walaupun kitorang tak sama universiti, tapi tak sikit pun berkurang sayang aku dekat dia ni. Pastu dia kahwin pulak hari ni, kau rasa?! Sedih weh!! 😭

Pagi tu, kitorang ws dalam group tanya abby pukul berapa majlis, okay ke tak persiapan, memandangkan takleh nakgi tolong jugak sebab pkp kan. Dia sempat lagi hantar gambar pakai baju kelawar duk atas kerusi dengan caption "kerja tak setel lagi. Pasni nok kahwin doh. Inai pun nok hilang doh." Terhibur betul dengan abby ni. Dia punya ketenangan tu macam hari tu tak kahwin lagi hahaha. Dalam group semua bising peringatkan abby yang dia kahwin hari ni tau hahaha aduh. 

Sebelum majlis tu, dia sempat jugak masuk group kejap inform live kat ig dah nak start. Habis kalut semua orang. Duk tanya dalam group dah start ke? dah start ke? hahaha.

Alhamdulillah all is well. Walaupun last minit, kalut, banyak benda tak setel, tapi semua urusan Abby hari tu, Allah mudahkan. 

Dan. Alhamdulillah, dalam pukul 3 lebih macam tu, Anis Sofea sah menjadi isteri kepada Muhammad Nur Ikwan. 

Maka, bermula lah hidup seketul abby pulak sebagai isteri. Semoga Allah mudahkan jugak urusan mereka untuk hari yang seterusnya. Amiin.

Walaupun line agak slow, kugigihkan jugak join live abby tepat pada masanya, sampai habis live. Bahagia tengok live abby hari tu. Macam tak percaya abby orang kedua kahwin antara kitorang. Dan masih tak percaya abby dah jadi bini orang. 

Tahniah abby kusayang!

Dan seperti diatas heheheheh tadaaaaaa!! Cantikkan?!!!

Anis Sofea & Muhammad Nur Ikwan

---------

Bahagia tengok maisa & abby masing masing dah sah jadi isteri orang. Tapi at the same time rasa sebak sebab sorang sorang dah jadi bini orang. Banyak benda dah takleh macam dulu lagi dah. Dah ada tanggungjawab masing masing dah.

Didoakan semoga perkahwinan dua dua sahabat aku ni diberkati Allah. Sakinah Mawaddah wa Rahmah insyaAllah.

Pasni turn siapa pulak? InsyaAllah nantikan, bakal menyusul, tahun ni. Eh?


Kurangkan mengeluh, banyakkan bersyukur

Hari ni, mungkin hari sibuk sedunia? Haha takdelah. Hari ni, aku rasa, hari paling sibuk untuk minggu ni. Dari awal pagi sampai nak dekat asar baru boleh rehat. Penat tu memang penat, tapi aku lagi suka situasi sibuk macam ni. Sebab aku rasa masa aku terisi dengan perkara yang ada manfaat untuk diri sendiri.

Sepanjang hari ni, aku belajar yang aku ada banyak sebab untuk sentiasa bersyukur.

1. Masa dekat traffic light tadi, ada dua tiga orang budak lelaki, berjalan dari jauh, ke sana ke sini jual makanan dalam keadaan panas terik. Aku, pun jual makanan, tapi boleh duduk dalam kereta. Diorang, dah la kena pakai mask, takde aircond ke apa, tapi masih bersemangat walaupun tak semua kereta kat situ beli dengan diorang. Nampak diorang penat. Tapi diorang tetap teruskan menjual. Jadi takde sebab untuk aku yang boleh hantar makanan naik kereta ada aircond, mengeluh penat lebih pada diorang yang berjalan situ sini dalam keadaan panas terik.

2. Hari ni, ada pakcik datang baiki rumah. Pun baiki rumah dalam panas terik. Bagi aku, umur macam tu, dah boleh rehat kat rumah dah. Tapi tak semua orang senang macam kita. Untuk rezeki anak-anak. Semua boleh. Diorang tetap kena teruskan cari rezeki, untuk anak-anak walaupun dah berumur. Masa ni, aku terus teringat baba dengan umi. Walaupun baba dengan umi cikgu, tapi pengorbanan baba dengan umi cari rezeki untuk anak-anak ni tak dapat aku nak balas sama macam baba dengan umi buat. Jadi takde sebab untuk aku mengeluh penatnya kerja macam ni sedangkan hidup aku dah senang sangat dah. Baba dengan umi dah usahakan banyak benda untuk mudahkan urusan anak-anak mereka.


Kalau kita ada 1 alasan untuk mengeluh, cari 1001 alasan untuk terus bersyukur.

Satu bulan.

Dua benda yang aku rasa sangat-sangat bersyukur hari ni.

Satu.

Alhamdulillah. Dah cukup satu bulan buat bisnes dengan kakak. 

Walaupun bisnes jual biskut dengan kuih je sambil tunggu dapat kerja ni, boleh kata, order tak pernah putus. Rezeki tiap hari ada. Alhamdulillah syukur.

Hari ni, sempena cukup satu bulan buat bisnes, dapat jugak hulur duit sikit dekat baba dengan umi. Walaupun tak sebanyak orang lain, tapi dapat bagi hasil sendiri ni rasa dia tu berbeza. Macam terkedu, nak nangis pun ada. Selama ni, baba dengan umi yang hulur duit dekat kami. Kali ni, kami pulak yang hulur duit untuk baba dengan umi. Baba dengan umi pulak macam biasa lah, "eh ambik balik duit ni. Simpan." "Rezeki baba umi." Simple.

Bagi aku, bila kita memberi, lagi-lagi pada mak ayah kita sendiri, berkat tu ada. Lagi murah rezeki. Tanpa sokongan baba dengan umi, mesti tak bergerak jugak bisnes ni. 

Alhamdulillah. Syukur. Allah mudahkan urusan kami.


Dua.

Alhamdulillah, syukur selalu dikelilingi orang yang baik-baik. Lagi-lagi yang suka berkongsi ilmu.

Aku, jenis yang suka minta orang doakan aku. Sebab, bagi aku, bila kita minta doa daripada orang lain, makin ramai yang doakan kita. Dan aku yakin, doa doa mereka Allah akan makbulkan. 

Kebetulan semalam, tiba-tiba jadi nak tahu doa apa yang orang lain selalu amalkan setiap hari. Tanya di instagram tapi dalam hati "kalau orang share alhamdulillah, kalau takde takpe." Tapi hari ni, tengok respon orang, alhamdulillah. Ramai yang share doa yang diorang selalu amalkan. Tak ramai respon, takpe. Doa yang sama pun, takpe. Aku cuma nak tahu, sebab aku pun nak amalkan jugak doa doa yang mungkin aku terlepas pandang. Dan memang terbukti, orang orang baik ni ramai. Rezeki aku dikelilingi orang yang baik-baik. Alhamdulillah.


Masa

Assalamualaikum.

Dulu masa sekolah menengah, cikgu banyak duk ulang peribahasa masa itu emas. Lagi-lagi nak dekat spm. Lagi lah banyak kali ulang. Sebab tak nak kitorang ni banyak lagha & banyakkan belajar.

Cerita aku kali ni, pun berkait dengan peribahasa masa itu emas.

Sem 8, sem akhir. Ada satu subjek ni, selalu buat aku rasa tertanya-tanya, tertunggu-tunggu dan tak sabar untuk kelas seterusnya. Kalau boleh tak nak tertinggal pun kelas ni. Tambah pulak yang ajar subjek ni pensyarah yang selalu kongsi cerita, kongsi tips, ajar kitorang satu-satu, walaupun kena ulang banyak kali, yang layan kitorang macam anak sendiri. Yang selalu buat aku kagum, Dr Suzana. My fav lecturer!

Subjek apa ni? Pemikiran kritikal.

Mula-mula tahu ada subjek ni sem akhir, perasaan dia, takut. Senior pun ada yang kata subjek ni susah. Tak ramai boleh skor. Dan realitinya, memang susah. Dah risau dah, sebab last sem ni kalau boleh tak nak lah ada yang tak boleh skor kan. Tapi alhamdulillah, dengan izin Allah. Semua dapat skor subjek ni.

Sebab? Yang mengajar, mengajar seikhlas hati. Pelajar faham, pelajar belajar. 

Satu hari tu, sebelum habis kelas, Dr bagitahu kitorang. Dia nak kitorang sediakan satu kertas. Tulis setiap benda kita buat sehari-hari. "Nak senang, tulis apa yang kamu buat seharian semalam." Kitorang pun senaraikan apa yang kitorang buat sehari-hari. Masa tu, semua macam teragak-agak nak tulis. Sebab rasanya benda sama je yang berulang. Tapi tulis jugak.

Pastu Dr bagitahu, bila kita senaraikan baru kita akan tahu, oh kat sini rupanya aku habiskan waktu. Oh kat sini rupanya kita banyak rugi banyak benda. Oh banyak ni je rupanya benda bermanfaat aku buat. 

Siap tu, aku tengok balik. Speechless. Banyak masa rupanya aku membazir. Ingatkan penat seharian buat banyak benda. Tapi sebenarnya banyak masa aku terbuang.

Kena dengan peribahasa masa itu emas. Kalau kita tak manfaatkan masa, seakan-akan kita kerugian banyak emas. Berharganya masa kita ni sampai disamakan dengan nilai emas.

Ya, emas boleh dicari. Tapi masa yang terbuang, mana mungkin kita dapat cari lagi.

Dr ajar macam tu je, tapi kitorang dapat banyak manfaat dan pengajaran. Sebab tu, aku suka belajar dengan Dr. Benda nampak biasa, tapi bila Dr ajar. Semua jadi macam luar biasa.

Banyak kali belajar dengan Dr. Memang tiap sem semua aktiviti pembelajaran menyeronokkan. Sebab ada je idea dr. Macam macam benda dia buat untuk buat kami berminat dengan subjek dia ajar.

Semoga Allah memberkati semua pensyarah aku.

7 days trick

7 days trick.

Aku ada satu tabiat ni, tak tahu lah benda ni normal atau tak normal. Tapi tiap kali nak beli barang, tak kira lah nak beli stationeries ke, baju ke, beg ke, kasut ke, aku akan tunggu sampai 7 hari dulu baru decide nak beli ke tak. Kalau dalam masa 7 hari tu aku duk pikir nak beli barang tu, aku akan beli. Tapi kalau dalam masa 7 hari tu aku tak terpikir sangat nak beli, aku skip dulu. Beli lain kali, nanti bila rasa nak beli. Tapi kalau dalam bab makanan, tak perlu tunggu 7 hari, 7 minit pun dah ada jawapan. Lol. 

Bukan kedekut duit, tapi kadang kadang tu aku rasa macam tu kemahuan aku, bukan keperluan. Sebab tu, kalau gi mall/supermarket dengan kawan kawan aku masa duk rumah sewa dulu, diorang beli macam-macam. Dalam raga penuh dengan barang lain, baru makanan. Tapi raga aku banyak makanan, barang lain tu boleh la kira dengan jari. 😂 Kadang kadang tu, kalau diorang ajak gi watson/guardian nak beli barang skincare, aku gi teman macam jadi orang laki. Pastu aku keluar gi kedai lain. Sebab aku jenis selagi tak habis guna barang tu, selagi tu tak beli. Kalau gi pasar malam, macam macam pulak nak beli. Macam anak orang kayaaaaaaaa padahal sebenarnya orang biasa.

Bagi aku, 7DaysTrick ni berkesan untuk orang macam aku. Nak ajar lebih banyak bersabar, lebih banyak berpikir. Untuk bezakan mana keperluan dan mana kemahuan. Sebab aku ni, bukan orang yang berdisiplin dalam bab simpan duit. Jadi untuk elak membazir beli benda yang aku tak perlu pun sepatutnya, aku guna tips ni. Mula mula lari jugak, tapi lama lama dah terbiasa. So kalau korang nak guna tips ni, try lah. Walaupun aku ni bukannya jenis berjimat sangat, tapi aku cuba. 😊


Tanya, baru kita tahu.

Hari ni, try buat kek sarang semut atau nama lain dia kek gula hangus. Dari dulu lagi nak try buat tapi tak terbuat sampai lah hari ni. Tu pun sebab tengok orang update dekat twitter pasal kek sarang semut. Apa lagi, terus gi check bahan bahan ada ke tak kat dapur dan terus buat. Tak teringat lansung masa buat kek tu, yang aku ada baca orang kata buat kek ni agak leceh sikit. Nak buat tu senang, nak hasilkan seni yang cantik bila kita potong kek tu yang susah. Nak dapat hasil sarang yang cantik tu, kena praktis banyak kali lagi. 

Siap kek tadi masa potong tu duk doa semoga cantik la sarang kat dalam. Tapi hampa, dah macam gua semut pulak. Tak jadi hahaha. Tapi takpe, first try untuk kek ni. Kek lain okay lagi nak buat, tapi kek ni, paling aku takut nak try buat. Malam ni je buang tabiat gi buat jugak. Pastu failed. Lol. Tapi selagi tak buat, selagi tu kita tak akan belajar dan tak akan tahu mana silap kita yang boleh kita baiki. Same goes to selagi kita tak tanya dan minta maaf, selagi tu kita tak akan tahu mana silap kita kat orang lain yang kita kena baiki.

 

Tolong orang.

Minggu ni boleh kata, setiap hari order masuk.Walaupun agak penat sebab minggu ni memang tak cukup tidur sebab cust kebanyakan mintak nak awal pagi, tapi gagahkan diri jugak siapkan order untuk hari ni. Alhamdulillah full order lagi. 

Baba kata, selagi order masuk, orang mintak tolong, buat. Kita mudahkan dulu urusan mereka. Nanti, suatu masa Allah mudahkan pula urusan kita. Sejak tu, lagi lah rasa bersemangat nak terima order. 

Boleh kata, baba&umi memang akan selalu selit nasihat&teguran untuk anak-anak dia bila anak-anak dia cerita itu ini. Syukur. Kita mungkin rasa ayat teguran&nasihat tu biasa, tapi kalau kita renung balik, semua tu kena tepat pada situasi kita. 

Terima kasih ya Allah untuk baba dan umi. Semoga Allah merahmati kedua orang tua aku.